Terkeejut disamakan seiras Mat Kilau, warga emas Kampung Melayu Subang jadi perhatian… Raut wajah dan misai beruban saling tak tumpah!

KAMPUNG Melayu Subang di Shah Alam, Selangor secara tiba-tiba menjadi perhatian dengan kemunculan seorang lelaki yang dikatakan memiliki wajah seiras pahlawan negara.

Daripada raut wajah, pandangan mata, misai yang beruban serta susuk badan membuatkan dia dikatakan mirip Allahy4rham Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Lantaran filem epik Melayu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mengangkat kisah perjuangan tokoh itu pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM80 juta dalam tempoh 25 hari tayangannya di pawangam, empunya mata redup ini turut menerima tempiasnya.

iras mat kilau 8

Filem pec4h panggung Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Segak berbaju kemeja batik, bertopi koboi dan berjalan menggunakan tongkat kayu, lelaki warga emas ini pada mulanya terkeejut apabila dia disamakan dengan pahlawan Melayu yang berjuang m4ti-m4tian menent4ng penjajahan British di Pahang, pada akhir abad ke-19.

“Semua orang kenal Allahy4rham Mat Kilau. Dengan filem Mat Kilau, lagi ramai orang kenal. Sejarah kembali menjadi perhatian ramai.

“Tapi apabila kawan-kawan tegur kata muka saya iras Mat Kilau, saya terkeejut. Pada masa sama gembira kerana saya sendiri kagum dengan perjuangan beliau,” kata Mohammad Taib Abdul Hamid dalam satu temu bual eksklusif bersama mStar.

iras mat kilau 1

Mohammad Taib sewaktu zaman muda.

Di sebalik wajah tenang anak kelahiran Kampung Melayu Subang ini dengan kudratnya seperti orang muda berjalan ke sana sini, siapa sangka dia bakal menjengah ke usia 76 tahun pada 28 Ogos depan.

Mohammad Taib mungkin tidak dikenali, tetapi dia merupakan anak kepada salah seorang peneroka awal Kampung Melayu Subang yang dibuka sekitar 1930-an, bernama Abdul Hamid Saman.

Menurut sejarah, bapanya merupakan imam pertama bagi masjid di kampung berkenaan dan amat dihorm4ti oleh penduduk kampung kerana memiliki ilmu agama dan kebatinan.

iras mat kilau 4

Allahy4rham Abdul Hamid (duduk, serban putih) bersama saudara-mara.

Mohammad Taib yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik itu berpengalaman sebagai khatib membaca khutbah Jumaat, termasuk mempelajari seni mempertahankan diri silat sebagaimana yang dipamerkan dalam filem pec4h panggung arahan Syamsul Yusof.

“Saya belajar silat sewaktu usia belasan tahun. Tidaklah mahir untuk menjadi guru silat, tapi saya berbangga kerana dua anak saya turut berminat dalam ilmu persilatan,” katanya yang dikurniakan 12 anak, 25 cucu dan tiga cicit.

iras mat kilau 5

Allahy4rham Abdul Hamid (serban putih) merasmikan hari sukan di Sekolah Kebangsaan Subang, Selangor.

Ketika muda, Mohammad Taib mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, pemandu peribadi, pemandu teksi sehingga berniaga di pasar.

“Kini saya menghabiskan masa tua dengan berehat, kadang-kadang minum di kedai kopi berjumpa dengan rakan-rakan.

“Saya lebih dikenali sebagai abang Taib atau abang koboi kerana ke mana-mana saya akan sentiasa pakai topi koboi.

“Begitu juga dengan baju batik, saya selesa dengan imej begini dan saya ada lebih 25 helai baju batik,” ujarnya yang menggemari lagu-lagu nyanyian Allhary4rham Tan Sri P Ramlee, Allahy4rham Datuk Ahmad Daud dan Datuk M Daud Kilau.

iras mat kilau 7 W

Mohammad Taib sinonim dengan imej baju batik dan topi koboi.

Mengenai filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Mohammad Taib amat mengalu-alukan filem yang mengangkat tokoh-tokoh sejarah dan perjuangan seperti itu.

“Hanya mereka seusia saya dan orang-orang lama yang tahu kesusahan dan keperitan dulu-dulu. Biarlah generasi muda hari ini belajar dan mendalami perjuangan mereka dalam menjaga keamanan dan mencapai kemerdekaan negara,” ujarnya.

Setiap kali mendengar laungan kemerdekaan Allahy4rham Tunku Abdul Rahman, saya pasti sebak dan boleh menangis.

MOHAMMAD TAIB ABDUL HAMID

Mengimbas kembali, Mohammad Taib berkata, dia amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada ribuan yang membanjiri Stadium Merdeka bagi pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Allahy4rham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.

“Masa tu umur saya 11 tahun. Saya seorang diri naik bas dengan tambang 40 sen, dari Kampung Melayu Subang ke Kuala Lumpur untuk pergi ke Stadium Merdeka.

“Ya, saya pergi seorang dengan izin dan sokongan mak ayah. Semangat jiwa bangsa saya berkobar-kobar untuk melihat sendiri peristiwa penuh bersejarah itu,” tambahnya.

iras mat kilau 9

Mohammad Taib (duduk, tengah) bersama keluarga.

Ternyata laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan itu meninggalkan kesan yang amat mendalam dan menyentuh emosinya sehingga kini.

“Setiap kali saya menyaksikan laungan kemerdekaan Allahy4rham Tunku Abdul Rahman di televisyen mahupun mendengarnya di radio, saya pasti sebak dan boleh menangis kerana mengenangkannya. Saya terharu.

“Sebab itu saya sering katakan kepada anak-anak muda supaya menghargai perjuangan orang-orang lama. Jangan berbalah sesama sendiri dan jauhkan sifat perkavman, biar negara aman, tenteram dan harmoni,” katanya yang sebelum ini pernah mempunyai koleksi keris.

iras mat kilau 2 W

Mohammad Taib mengimbas kembali zaman kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Sementara itu, Mohammad Taib tidak menolak sekiranya menerima tawaran untuk memegang watak Mat Kilau sebagai kemunculan khas atau dalam bentuk dokumentari sekiranya wajahnya benar-benar mirip dengan pahlawan negara itu.

“Jika benar ada persamaan atau mirip dan ada tawaran untuk muncul, saya sedia menerimanya dengan hati terbuka selagi saya sihat dan mempunyai kudrat untuk melakukannya.

“Tiada perasaan gementar dalam hidup saya kerana sebelum ini pun saya baca khutbah di hadapan ramai orang. Cuma ia sebagai satu pengalaman baru buat diri saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*