Rindu Berjauhan Dengan Mak & Ayah, Murid Tahun Satu Ni Men4ngis Mengadap Dinding!

Anak-anak bila ke sekolah macam-macam ragamnya, ada yang mencuit hati hingga mampu membuatkan kita tertawa bahagia melihatnya malah tidak kurang juga hingga ada yang membuatkan kita terasa seb4k dengan tingkah laku mereka apabila dikongsikan di media sosial.

Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang guru yang difahamkan mengajar di salah sebuah sekolah di Cameron Highlands. Beliau berkongsi gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana rindukan ibu dan bapanya di Twitter.

Anak murid tahun satu ini dilihat duduk bersila sambil mengadap dinding seorang diri.

Ujar cikgu tersebut, meskipun semalam datang elok sahaja untuk tinggal di asrama namun hari ini sudah sedih dan men4ngis terkenangkan ibu dan ayah.

Difahamkan anak murid ini berasal dari kawasan pedalaman dan ini merupakan pengalaman pertamanya ke sekolah dan sebelum ini juga tidak pernah belajar di kelas pra sekali pun. Kiranya ini pengalaman serba baharu buat dirinya.

Atas alasan ini juga menyebabkan anak murid ini memerlukan masa untuk serasi dan selesa berada di sekolahnya itu.

Melihat keadaan itu, BungaLale menitipkan kata-kata positif dan berjanji bahawa cikgu-cikgu dan rakan-rakan akan membantu murid tersebut agar biasa dengan persekitaran sekolah dan akhirnya seronok berada di sekolah tersebut.

Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua.

Meninjau di ruangan komen  pelbagai reaksi diberikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*