Makan beradab pun tak kenyang! Pengantin lelaki berdebar buat kejutan untuk isteri, mujur Aizat Amdan ‘sporting’ kasi jadi

KEMUNCULAN penyanyi Aizat Amdan pada satu majlis perkahwinan mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para tetamu.

Menariknya menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Aizat tampil membuat persembahan dengan hanya menyanyikan beberapa rangkap awal sebuah lagu sebelum disambung oleh pengantin lelaki.

Di sisi isteri di atas pelamin, lagu Kaulah Segalanya dendangan penyanyi berasal dari Singapura, Hazrul Nizam itu kemudian dinyanyikan oleh pengantin lelaki sehingga selesai.

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Mohd Shahnizam Omar berkata, momen indah itu berlaku di majlis resepsi perkahwinannya di Damansara Perdana, Selangor, pada 30 Julai lalu.

Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, Aizat dijemput oleh keluarga pengantin perempuan bagi membuat persembahan pada majlis resepsi berkenaan.

“Memang Aizat dijemput buat persembahan dua lagu iaitu Sampai Ke Hari Tua dan Kita. Dan Aizat merupakan penyanyi kesukaan isteri.

“Lagu Kaulah Segalanya pula saya nyanyi sebagai kejutan buat isteri di majlis resepsi, sebenarnya tak plan berduet dengan Aizat pun pada awalnya,” katanya kepada mStar.

pengantin duet aizat 4

Aizat hadir sebagai penyanyi jemputan.

Lebih mesra disapa Nizam, dia dimaklumkan mengenai kemunculan Aizat beberapa hari lebih awal sebelum majlis berlangsung.

“Saya rancang nak buat kejutan sebulan lebih awal. Petang sebelum majlis, Aizat datang ke dewan untuk buat sound check.

“”Tapi saya tak buat raptai sebab nanti k4ntoi dengan isteri mengenai rancangan saya. Kebetulan isteri juga berada di dewan sama petang tu,” ujarnya yang berasal Senai, Johor.

pengantin duet aizat 5

Nizam berpeluang berduet dengan Aizat.

Pada saat akhir, kata Nizam, dengan kerjasama keluarga pengantin perempuan, dia bersemuka dengan Aizat bagi membincangkan mengenai rancangan kejutannya.

“Aizat bukan sahaja peramah, juga sangat mudah diajak berbincang. Walaupun lagu yang saya nak nyanyi tu Aizat tak begitu familiar, tapi dia sudi beri kerjasama.

“Hanya perbincangan ringkas, tak ada pun kami berlatih menyanyi bersama,” tambahnya.

pengantin duet aizat 1

Nizam (kanan) dan isteri (kiri) bersama Aizat. foto Adam Hassani

Eksekutif teknologi maklumat (IT) itu mengakui perasaannya begitu gementar ketika membuat persembahan di atas pelamin kerana ia merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu kegemarannya itu secara langsung di hadapan isteri, Amirah Afiqah Hassani, 25.

“Saya bukan penyanyi, masa bercinta pun hanya buat video nyanyi guna aplikasi dan kongsi pada dia. Inilah pertama kali yanyi live depan dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Memang makan tak kenyang masa di meja makan beradab sebab sangat nervous! Berdebar kerana selepas itu ada acara potong ke dan sesi saya dan isteri beri ucapan sebelum diteruskan dengan kejutan saya menyanyi,” ujarnya secara berseloroh.

Bagaimanapun, kerjasama yang amat baik daripada Aizat ketika kejutan dibuat membantu mengurangkan perasaan gvgupnya ketika menyanyikan lagu tersebut.

pengantin duet aizat 6

Nizam (kiri) dan pasangan diijabkabulkan pada 30 Julai 2022.

“Saya sangat puas hati. Tak sangka dapat duet dengan penyanyi yang serba boleh seperti Aizat. Perasaan saya bercampur, rasa terharu.

“Hari tu saya cipta tiga pencapaian serentak. Pertama, saya bergelar suami, kedua, nyanyi live depan isteri sambil disaksikan orang ramai dan ketiga dapat duet dengan artis. Syukur alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*