[VIDEO] Gelagat kanak-kanak ‘main’ tepung gandum buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @zatyaf, difahamkan dua orang kanak-kanak yang merupakan adik-beradik ditinggalkan oleh si ibu yang melakukan pemeriksaan seorang lagi adik mereka di h0spital, manakala bapa mereka pula pergi bekerja.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang ‘bermain’ tepung gandum, sehingga bertaburan di ruangan dapur rumah mereka.

“Kenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi. Bersabar la duhai semua yg bergelar ibu,” tulis @zatyaf di ruangan kapsyen video.

Video:

@zatyaf

kenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu

♬ bunyi asal – Aisy@Aniq – Aisy@Aniq

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 813.3k tontonan, 37.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok zatyaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*