Aman Graseka bangga anak berbakat dalam bola sepak

Pelakon Aman Graseka, 54, melu4hkan rasa gembira apabila anaknya Muhamad Firaz Iqbal yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah, Kuala Ketil Kedah mempunyai bakat yang luar biasa dalam permainan bola sepak.

Menurutnya, bakat Firaz Iqbal dikesan seawal umurnya empat tahun lagi.

“Ketika berusia enam tahun, ibunya (Nurul Amrina Zamri) membawa Firaz Iqbal ke Stadium Darulaman untuk menyaksikan perlawanan antara Kedah menentang Selangor.

“Apabila dia melihat Baddrol Bakhtiar (ketika itu pemain Kedah) bermain, dari situ minatnya semakin bercambah untuk mendalami bidang sukan bola sepak ini.

“Sejak itu dia mula melihat di TV permainan pasukan bola sepak dari luar negara. Idolanya sejak dari itu pemain dari kelab-kelab luar seperti Ronaldo, Messi dan Neymar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aman, pilihan utama Firaz Iqbal ialah Ronaldo dan sentiasa mengikuti perkembangan idolanya dan memakai jersi nombor tujuh.

“Sejak berumur 10 tahun kami menghantarnya memasuki Kelab Soccer Kids Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. Sudah dua tahun dia berada bersama kelab ini.

“Kelab ini banyak mengadakan perlawanan persahabatan. Negeri paling jauh yang dia pergi bermain ialah berlawan dengan pelapis JDT.

“Posisinya ialah penyerang dan sayap kiri. Dalam perlawanan persahabatan lain di Permatang Rawa, Pulau Pinang, kelab ini muncul juara,” katanya.

Beberapa minggu lalu, Firaz Iqbal terpilih mewakili MSSD Baling ke peringkat MSSK Kedah ke kejohanan peringkat umur 12 tahun.

Hanya dia seorang yang terpilih dari sekolahnya dan pasukan mereka menduduki tempat keempat selepas kalah dalam sepakan penentuan penalti.

“Sebenarnya, minat dia tidak mengikut sesiapa termasuk saya. Ia datang dengan sendiri. Dia berhasrat dan berusaha untuk mengembangkan bakat sampai ke peringkat negeri.

“Seterusnya Insya Allah hasratnya bermain untuk pasukan kebangsaan. Hari-hari dia sibuk berlatih untuk meningkatkan mutu permainan.

“Kami pun bercadang untuk menghantar dia ke sekolah sukan selepas ini,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*