“Penyejuk mata dan hati kami,” – Dayah Bakar titip ucapan hari lahir buat anak tercinta

Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.

Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.

Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram rasmi miliknya.

Untuk makluman, hari ini merupakan hari ulang tahun Achbar Muhammad Fahri yang ke-2 tahun. Justeru itu, meneruis laman Instagram, Dayah memuat naik satu video dan menitipkan ucapan buat anak kesayangannya itu.

“Penyejuk mata dan hati kami, Achbar Muhammad Fahri. Pada hari ini 17/8/2022 , jam 2:23pm tahun 2020, Fahri dilahirkan ke dunia . A joy to us all, a shining light , thats what you are Fahri.

“Semoga Fahri membesar menjadi anak yang soleh, yang sihat dan ceria selalu, yang berjiwa besar dan merendah diri , yang menghormati org tua, yang menyenangkan dan disenangi , yang berjaya dunia akhirat, dan menjadi seseorang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Ramai yang sayang Fahri, masha Allah Alhamdulillah. Terima kasih sentiasa mendoakan yang baik2 untuk Fahri ya , dari Fahri didalam perut Ibu, hinggalah kini. May Allah bless you,” tulis Dayah di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 25.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Fahri.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram dayahbakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*