Rindu Keluar TV, Penampilan Pertama Mira Filzah Selepas Bersalin Tarik Perhatian Netizen! – “Cantik Manis, Berseri..”

Pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah melu4hkan rasa rindu untuk kembali bekerja setelah berehat beberapa bulan seusai melahirkan anak sulungnya sekitar Mei lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi momen sewaktu diundang menjadi juri jemputan bagi program realiti Ceria Popstar Xtra yang merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang.

“Lama tak muncul dekat pentas macam ni,” ujar Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29.

Pada perkongsian tersebut, Mira kelihatan jelita dan manis mengenakan gaun labuh berona merah jambu dan mengenakan kasut but daripada warna krim.

Dalam pada itu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu sempat mempamerkan bakatnya menari lagu dangdut sewaktu perarakan masuk ke pentas utama.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya melahirkan rasa rindu untuk melihat wajah Mira di kaca televisyen.

Dalam pada itu, ramai yang turut menyambut baik kehadiran Mira kembali dalam merancakkan lagi industri seni tanah air.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga Instagram.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*