“Weiii Serupa Lah..,” – [VIDEO] Kanak-Kanak Iras Wajah Ryan Bakery Tular Di Laman Tiktok

Pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini, kononnya dalam dunia ada 7 orang mempunyai muka sama ataupun wajah hampir seiras dengan setiap daripada kita. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu, tiada siapa dapat mengesahkannya.

Namun menerusi penangan media sosial, tak dinafikan ramai individu telah menjumpai ‘kembar’ masing-masing.

Tambahan pula, muncul trend di aplikasi TikTok yang membuat perbandingan wajah pasangan dengan selebriti lain kononnya kelihatan seiras antara satu sama lain.

Terbaru menerusi satu video tular yang dimuat naik di laman Tiktok oleh @mdmwa, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang tersenyum, dan dapat dilihat beberapa tompokan bedak pada pipinya.

Apa yang mencvri perhatian, sekali pandang wajah kanak-kanak tersebut kelihatan seiras dengan Ryan Bakery, Tiktoker terkenal yang tular di media sosial baru-baru ini.

VIDEO;

@mdmwa

hahaha muka tu muka tu anggun rayyha oii🤣 #fypシ゚viral #fypシ

♬ original sound – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

@mdmwa

Replying to @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 versi kecikk🤣🤣🤣🤣🤣 #fypシ゚viral #fyp

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah kanak-kanak tersebut yang mirip dengan Ryan Bakery, dan ada juga berseloroh masa depan kanak-kanak itu akan cerah suatu hari nanti.

KOMEN NETIZEN;

Sebelum ini, kejayaan demi kejayaan serta perhatian yang diterima TikToker terkenal, Ryan Bakery ketika ini sememangnya satu rezeki buat pemuda berusia 27 tahun itu.

Mana tidaknya, bermula dengan menghasilkan video-video menggamit kenangan yang dikongsi di TikTok, nama Ryan terus menjadi sebutan kerana konten yang disajikan sangat menghiburkan ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok @mdmwa / https://www.atozsangbad.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*