“First In Malaysia..” – [VIDEO] Wani Kayrie ‘BeIanja’ Rupa Kereta Mercedes Baharu Dalam Rona Ungu Lavender

Penyanyi Wani Kayrie mencvri perhatian ramai apabila pertama kali menayangkan kereta mewah Mercedes-Benz CLA180 yang baharu dibelinya sekitar awal tahun lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 22, berkongsi warna kereta terbaharunya yang bercat serba ungu untuk tatapan umum.

Menurut Wani, jenis warna ‘Spanish Lavender HD’ tersebut merupakan pertama kali seumpamanya di Malaysia.

“Lepas exam terus ambil baby baru. First in Malaysia Teckwrap Spanish Lavender HD,” tulis Wani di ruangan komen.

Dalam perkongsian tersebut, rona Mercedes-Benz milik pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu kelihatan sangat segar dan sesuai untuk gadis berjiwa comel seperti Wani.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Sementara itu di ruangan komen, rona ungu cair itu berjaya menawan hati rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya memberikan pujian.

“Fuyoooo,” tulis Janna Nick.

“Loveee! Sesuai dengan awak,” kata Nana Sheme.

Such a nice purple omg,” komen seorang wargamaya.

“Wah cantik sangat! Sesuai dengan Wani,” ujar seorang wargamaya.

So sweet. Kalau jumpa memang senang tahu la Wani. Nice sangat,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, ini merupakan kereta baharu pertama yang dimilikinya setelah tiga tahun memandu kereta terpakai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber;Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*