Makin ramai berangan nak kahwin anak raja! Tema Melayu klasik dapat perhatian… Siap mandi bunga air 7 telaga, naik kereta Cinderella

MAJLIS perkahwinan pasangan pengantin ini mencvri tumpuan warga maya gara-gara menggunakan konsep persandingan Melayu klasik.

Bukan sekadar segak mengenakan busana songket serba kuning, malah aturcara majlis meraikan mempelai Megat Abraham Khairuddin Megat Radzman serta isterinya Sheeren Amelina Zain Azrai dilihat berlangsung dengan penuh istiadat.

Berkongsi cerita kepada mStar, sepupu mempelai lelaki, Puteri Athirah Megat Azhar, 21, berkata majlis pada 20 Ogos lalu selamat disempurnakan di kediaman keluarga pengantin sendiri yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

“Majlis kenduri tu kelihatan ‘grand’ sebab dia anak pertama yang kahwin dalam keluarga pakcik saya.

“Rumah pakcik memang dah ada dewan untuk majlis, kenduri tu buat dekat rumah dia saja.

“Para tetamu dan ahli keluarga yang hadir memakai baju berwarna kuning dan oren bersesuai dengan tema pada hari tersebut,” imbas Puteri Athirah.

Katanya yang menetap di Ampang, Selangor, persiapan bagi menjayakan majlis berkenaan dibantu oleh ahli keluarga mengikut pemantauan seorang penyelaras perkahwinan.

Lebih menarik kata Puteri Athirah, turut diadakan ialah majlis bersiram mengikut adat perkahwinan Melayu klasik atas permintaan nenek mereka yang merupakan kerabat daripada diraja Perak.

Megat Abraham Khairuddin bersama pasangan, Sheeren Amelina.

Bukan itu sahaja, menurut Puteri Athirah yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah universiti, majlis dimeriahkan lagi dengan kejutan oleh bapa pengantin.

“Tak dinafikan famili memang banyak sangat bantu sejak awal majlis. Sampaikan bahagian masak-masak semua ahli keluarga ambil bahagian dan aturkan.

Sangat klasik, suka sangat tema macam ni… I hope ada anak raja ajak aku kahwin!

PUTERI ATHIRAH

“Seperti dalam rakaman, ada kereta berkuda bawa pengantin. Mereka bergerak dari rumah anak yatim yang terletak kira-kira lima minit perjalanan dari dewan. Setelah kereta berhenti depan dewan, pengantin turun untuk menyaksikan persembahan silat sebelum meneruskan acara lain.

“Lepas tu mereka masuk ke dewan untuk bersalam dengan nenek dan ibu bapa kedua-dua mereka bagi mendapatkan restu.

“Kemudian tak disangka-sangka ada ‘surpirse element’ di mana ayah pengantin lelaki menyanyikan lagu khas untuk anak lelakinya dan ucapan khas untuk tetamu yang datang.

Suasana sekitar dewan majlis perkahwinan.

“Kemudian acara mandi bersiram dilakukan selepas pengantin tukar baju untuk upacara terakhir. Mereka dimandikan dengan tujuh jenis bunga dipetik di sekeliling rumah selain menggunakan air dari tujuh telaga berbeza yang disiapkan pada awal bulan lagi,” ujarnya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 700,000 jumlah tontonan, yang rata-ratanya terpesona dan memuji majlis mengikut adat Melayu tersebut.

Sebuah kek lima tingkat yang disiapkan oleh Puteri Athirah dan kakaknya khas buat pasangan pengantin.

Selain aturcara majlis penuh indah, sebuah kek lima tingkat di majlis berkenaan turut menjadi bualan warga maya.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kek tu saya dan kakak yang buat sendiri atas permintaan mak pengantin.

“Mak saudara saya nyatakan permintaan mahukan kek lebih tinggi dari pengantin jadi saya tunaikan.

Puteri Athirah turut hadir ke majlis perkahwinan sepupunya bagi memeriahkan lagi suasana.

“Saya tak sangka video tu akan viral. Banyak komen baik-baik saja diterima setelah saya muat naik.

“Mereka semua suka dengan konsep majlis tu malah ada yang cakap tu ‘dream wedding’ mereka,” ujar Puteri Athirah.

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan setiap elemen yang dilihat dalam video berkenaan mencvri perhatian netizen termasuk kereta kuda.

“Sangat klasik, suka sangat tema macam ni.

I hope ada anak raja ajak aku kahwin!

“Kereta Cinderella ni la terserempak lalu dekat Bukit Jalil hari tu… cantik!” demikian komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*