“Pelanduk Dua Serupa ‘C0py’ Wajah Fazura..” – Tetapi Ini Pula Kata Fazura

Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil.

Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era.

Baru-baru ini tular di halaman tiktok, seorang wanita berkongsi video tentang daging steak. Tetapi lain pula yang netizen perasan, ramai mengatakan wajahnya begitu mirip dengan pelakon terkenal, Fazura.

VIDEO;

@ellezacksteak

Replying to @sotset

♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak

Bukan sahaja wajah, tetapi suara dan cara bercakap juga sama sehingga membuatkan ramai keliru. Video tersebut mendapat sebanyak 2 juta tontonan dan 100 ribu sukaan sehingga Fazura sendiri memberikan komen kepada video tersebut.

KOMEN FAZURA;

Min pun terkejvt, ingatkan Fazura berlakon jee. Min harap diorang dapat berjumpa lah. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu vide0 mereka berdua. Komen yang baik-baik yaa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; TIKTOK / https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*