Ozlynn Ambil Foto Dengan Sekumpulan ‘Bomba Sado Viral’, Tetap Puji Johan; “Diaorang Belum Tentu Boleh Buat I Gelak Hari-Hari.”

 

Pelakon Ozlynn Wati memuat naik foto terkininya di Instagram yang dikelilingi anggota Bomba bertubuh sasa yang tular ketika sesi Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambil berkongsi kapsyen humor, Ozlynn tetap tertarik pada suaminya, Johan yang disifatkan sebagai kelakar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Haih arini i rasa berbunga-bunga, satu sebab tiada pesaing, TQ Fafau (tidak ke udara kerana difahamkan kurang sihat). Kedua sebab semua orang menjer1t-jer1t semalam sampai nak hist3ria masa perarakan team Bomba.

“I pula senang-senang jek di kelilingi abang-abang Bomba yang sado sampai merajuk la orang tu. Alahai papa, jangan ghisau la, ‘se-tough tough’ diaorang, belum tentu boleh buat i gelak hari-hari. Diaorang tak kelakar sayang. Jalan pon berkepak, habis dinding retak diaorang langgar,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ozlynn turut akui suaminya adalah yang terbaik.

“You still the best ok sayang. Cuma sikit jek kalau you nak bikin…macam pergi gim, jaga makan, tidur awal, tak boleh main game, jangan tidur siang, jaga anak, tolong masak, kemas katil, vacum rumah, mop lantai, cuci bilik air, berus baju, cuci karpet.

“Siapkan brekfast anak-anak, gosok baju anak-anak, cuci pinggan, bersihkan dapur, buang sampah, lipat baju, cuci kereta, suap anak makan, malam tidurkan, mandikan anak.

“Benda-benda macam tu je, ala sikit je you nak ubah ni. OK, you can do it papa,” tulisnya gurau.

Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun mendapat hampir 10,000 tanda suka dengan komen yang pelbagai.

Menerusi platform sama, Johan turut berkongsi fotonya bersama sekumpulan anggota Bomba terbabit dikonti selepas ke udara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*