Bukan Pergi Berdua Konsert Coldplay, Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Hanya Kawan Baik

Tindakan penyanyi Daiyan Trisha memuat naik foto menonton konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay di Stadium Wembley, London, baru-baru ini bersama aktor Aedy Ashraf telah mengundang d4kwaan mereka sedang dilamun cinta.

Sudah lama berkawan

Menurut Daiyan, dia dengan Aedy hanya berkawan baik sekaligus menafikan gosip yang bertebaran di media sosial. Kata Daiyan, 29, dia mula mengenali Aedy sejak tahun 2015 lagi.

Jelasnya, dia dan Aedy sudah berjanji untuk pergi menonton konsert Coldplay yang turut disertai beberapa rakan yang lain.

Kami memang berkawan baik dan sudah lama kenal. Kami mula rapat selepas berlakon bersama-sama dalam drama Dee The Series. Kami memang berjanji untuk menonton konsert Coldplay bersama-sama kerana minat dengan kumpulan itu.

Apabila sama-sama minat Coldolay, jadi kami pun berjanji dengan beberapa orang lagi kawan lain yang menyukai kumpulan ini untuk menonton konsert tersebut.

Ikutkan masing-masing ‘turun’ London pun secara berasingan. Saya dari New York melunaskan urusan kerja terlebih dahulu, manakala Aedy pula terbang dari Kuala Lumpur.

Daiyan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman finalis bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 yang akan diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September ini.

Dikec4m peminat?

Tambah pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, dia pasrah dengan andaian yang ‘timbul’ kerana dia hanya ingin berkongsi perasaan teruja masing-masing.

Terpulang kepada orang untuk membuat spekulasi yang bukan-bukan dan saya tidak takut dikec4m peminat kerana kami adalah rakan satu industri.

Lagipun memang kami menonton konsert itu bersama, jadi kenapa saya perlu menyembunyikan perkara yang betul.

Saya kongsikan gambar di Stadium Wembley itu pun sekadar mahu berkongsi rasa teruja dapat menyaksikan konsert band pujaan secara ‘live’.

Ditanya mengenai status terkininya, pelakon drama Project: Anchor SPM memilih untuk mengunci mulut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*