“Oyen buat perangai ekk,” – [VIDEO] Gelagat kucing mesra dengan ayam buat ramai terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @hafizapizz2 memaparkan seekor kucing bewarna oren yang popular dengan gelaran Oyen sedang berada bersebelahan dengan seekor ayam.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kucing tersebut yang manja dan ‘sweet’ dengan ayam tersebut, sehingga mereka kelihatan begitu akrab.

“Part2 persahabatan kucing dan ayam jiran. Kantoi masa tgh amek gmbr 2ekor ni,” tulis @hafizapizz2 di ruangan kapsyen.

Video:

@hafizapizz2

part2 persahabatan kucing 🐱 dan ayam jiran 🐔…kantoi masa tgh amek gmbr 2ekor ni#pecintahaiwan #pecintakucing #funnyvideos #fypシ #fypシ゚viral #sioyen

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 345.8k tontonan, 28.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok hafizapizz2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*