“Benda Ni Kelakar Sangat… Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” – Shuib Nafi Pernah Ada Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie

Pelawak Shuib Sepahtu menafikan dakwaan yang dirinya pernah mempunyai sk4ndal bersama seorang wanita susulan daripada video yang viral baru-baru ini.

Menerusi video bertarikh 12 April 2019 itu, wanita yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah dilihat sedang bermain golf, sambil aksinya dirakam oleh seorang lelaki yang memiliki suara mirip Shuib.

“Saya ingin menafikan khabar angin tidak benar yang sedang berlegar di media sosial buat masa sekarang mengenai satu video yang menunjukkan seorang wanita bernama Watie sedang memukvl bola golf.

“Ada kedengaran suara di sebalik video itu seperti suara saya. Apa yang ingin saya jelaskan, pertama, video tersebut bertarikh 2 April 2019. Ketika itu, saya belum lagi pegang kayu golf.

Sukan golf pun saya tak tahu apa. “Saya mula main golf pada Mei 2020, ketika itu kerajaan memberikan kelonggaran terhadap individu untuk bermain sukan golf. Nampak tak perbezaan tarikh tu?” katanya ketika di hubungi Gempak.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan khabar angin ini sebagai satu hal yang kelakar dan tidak adil bagi dirinya.

Video:

@ainmintttttt

♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

“Kalau dengar balik, memang bunyi perkataan ‘nice’ tu macam suara saya. Tapi perkataan yang belakang tu bukan suara saya. Tak sama langsung.

“Benda ni kelakar sangat sebab ada orang cakap saya dah ada sk4ndal dari 2019. Not fair, tak baik untuk saya, tak baik untuk Sarah.

Boleh scroll balik IG saya dan cari bila pertama kali saya main golf. “Setakat suara semua orang boleh tiru, itu kebetulan yang tak disangka,” katanya lagi.

Terdahulu rata-rata netizen mend4kwa suara di video itu adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digos1pkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Watie.

Menerusi video tersebut, pengguna itu mend4kwa pasangan itu memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

Biarpun tiada gambar berdua, namun netizen membuat andaian berdasarkan pakaian Shuib dan Watie dilihat mengenakan busana kuning mustard ketika menghadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 pada Ogos lalu.

Komen Netizen:

Malah turut digabungkan gambar Shuib dan Watie yang mengenakan jaket kulit hitam ketika hadir ke konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19, Jumaat lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*