“Berlemak suara, siap ada lenggok”… Aafiyah dapat pujian nyanyi lagu ‘Burung Kakak Tua’, dijangka penyambung legasi Siti Nurhaliza

Gelagat Siti Aafiyah sering menjadi perhatian ramai apatah lagi apabila setiap kali aksi comelnya dikongsi oleh ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di media sosial.

Terbaharu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan Aafiyah menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.

Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok @sitizoners.official itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.

Ramai memuji kanak-kanak berusia lima tahun itu mempunyai suara merdu yang mewarisi bakat ibunya.

Video:

@sitizones.official

#queen #sitizone #world #sitinurhaliza #siti #foryoupage #malaysia #fypシ #fyp #biduanita #no1 #indonesia #bakatsiti #tokti #sitizoner #datositinurhaliza #aafiyah

♬ bunyi asal – SitiZone – SitiZone

Malah ramai menjangkakan Aafiyah akan menjadi penyambung legasi Siti apabila dia dewasa kelak.

Sehingga kini, video itu telah meraih sebanyak 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik di TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*