[VIDEO]“Saya Rindu Padamu”- Cair! Lee Min Ho Cakap Bahasa Melayu, Umum Bakal Muncul Drama Baharu

“Saya rindu padamu,” itu ayat bahasa Melayu yang keluar dari mulut aktor popular Korea Selatan, Lee Min Ho selepas ditanya apa perasaan yang mahu digambarkan untuk peminat di Malaysia.Lee Min Ho gembira kerana dapat kembali ke Malaysia selepas enam tahun tidak bersua dengan peminat di sini.

“Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2016. Masa berlalu begitu pantas, kini selepas enam tahun, saya masih disambut baik oleh peminat di sini ketika tiba di lapangan terbang.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Malaysia.

“Sejurus saya melangkah keluar dari pesawat (semalam), saya nampak tulisan daripada peminat yang mengatakan bahawa mereka sangat rindukan saya. Saya sangat tersentuh,” katanya kepada Gempak.

Min Ho ditemui oleh media Malaysia dan peminat dalam satu sidang media khas ketika sambutan ulang tahun kelapan Cuckoo di Konsert Cuckoo Apprici8th Anniversary.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Selain itu, pelakon drama popular Boys Over Flower itu sempat berkongsi mengenai gambarannya tentang peminat serta negara Malaysia.

“Tiga perkataan tentang peminat Malaysia mereka nice, lovely, passionate.

“Tentang Malaysia pula saya rasa semua orang sangat bertenaga, bersungguh-sungguh.

“Mereka juga baik-baik belaka selain kelihatan moden,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Konsert Cuckoo Apprici8th Anniversary berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran kira-kira 9,000 penonton.

Min Ho turut muncul di konsert itu bersama penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza dalam acara perkongsian mereka sebagai duta Cuckoo serta sambutan ulang tahun jenama berkenaan.

Konsert sempena ulang tahun Cuckoo itu turut menampilkan ramai penyanyi tempatan yang turut membuat persembahan seperti, Misha Omar, Jamal Abdillah, Tomok, Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Dolla, Khai Bahar, Aina Abdul, Hael Husaini, Naqiu, Floor88 dan Amelina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*