[VIDEO] Hadir Ke Acara Fesyen Terbesar Di Paris, Peminat Cembvru Vivy Yusof Dapat Jumpa Bretman Rock & Deepika Padukone

Video memperlihatkan usahawan Vivy Yusof sedang berborak mesra dengan personaliti media sosial terkenal dari Filipina iaitu Bretman Rock mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram Vivy sempat meminta Bretman Rock mengajarnya cara-cara untuk ‘pose’.

“Ajar saya macam mana nak pose. Terus, satu kaki naik. Bila jumpa depan-depan, dia sangat menarik,” kongsi Vivy.

Vivy berpeluang bertemu dengan personaliti terkenal dalam dunia kecantikan di laman sosial itu ketika menghadiri acara fesyen BOF yang diadakan di Paris baru-baru ini.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)


Bukan sahaja cembvru malah rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Vivy dengan Bretman.

Lebih menarik lagi, Vivy juga sempat mengambil gambar selfie bersama pelakon Bollywood terkenal Deepika Padukone di acara tersebut.

Selain Bretman dan Deepika, Vivy turut berkongsi foto memperlihatkan personaliti terkenal Kylie Jenner yang turut berada di acara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*