[VIDEO] “Miss Auw Kucing Penjaga Tabung Masjid Telah Berjumpa Dengan PenciptaNya” – Selamat Kembali Ke Negeri Abadi Miss Auw, Orang Khariah Masjid Pasti Akan Merindukan Miss Auw

Sudah semestinya setiap yang hidup mesti akan kembali kepada penciptaNYA, bukan sahaja manusia tetapi semua makhluk yang bernyawa mesti akan pergi satu hari nanti.

Kadang kala pemerg1an yang ditangisi adalah yang rapat dengan kita, tidak mengira ianya manusia atau haiwan tetapi bila selalu ada dengan kita dan selalu kita lihat jadi rasa kehilangan itu tetap ada.

Pemerg1an seekor kucing yang menjadi penjaga kepada sebuah masjid menjadi kehilangan besar kepada ramai jemaah yang selalu solat di masjid berkenaan kerana kucing yang bernama Miss Auw itu dikatakan pantang nampak sejadah mesti kucing itu akan duduk dan berbaring di situ.

Menurut pemilik video yang memuatnaik video Miss Auw itu, kucing itu telah berada di masjid itu sejak tahun 2019 lagi dan selalu menjadi sebahagian daripada masjid itu. Bukan sahaja suka tidur atas sejadah tetapi miss auw juga suka menjadi penjaga tabung masjid dan memerhati setiap orang yang bersedekah.

Video:

@hashmandon

Dukacita di maklum kan Miss Auw Kucing yg pantang nampak sejadah terus landing.. Penjaga tabung masjid telah berjumpa dengan pencipta nya pada pagi 8hb Okt setelah berteduh di Masjid dari 2019…Sebelum sy balik Miss Auw amat bermanja manja tak macam selalu nya.. Baru sy sedar tu lah tanda2 dia nak pergi.. Kes Sudden Death..

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Apabila diterjah ke ruangan komen, ramai warganet yang mengenali Miss Auw meluahkan rasa sedih dan kehilangan kerana kucing itu selalu menjadi tarikan masjid itu sejak mula lagi kucing itu berada di situ.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.tiktok.com/@hashmandon, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*