[VIDEO]“Selepas 7 Tahun Penantian…”- IVF Berjaya, Mengalir Air M4ta Suami Saat Madammu Disahkan Hamil

Selepas tujuh tahun penantian, akhirnya pengasas produk kecantikan, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsikannya dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya.

“Alhamdulilah selepas tujuh tahun penantian,” tulisnya dalam kapsyen.

Menerusi video berkenaan, dilihat Madamu hadir bersama suami, Muhammad Azri Che Noh ke sebuah pusat perubatan swasta bagi melihat keputusan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Menerusi video dimuat naik, pasangan itu dilihat gembira selepas doktor mengesahkan kehamilan Madammu.

Malah suami Madammu selepas itu dilihat terharu sehingga mengalirkan air m4ta kegembiraan tanda syukur.

@eriyca.baiduri

Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant

♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikut serta warga net yang mengikuti perkembangan serta proses IVF sebelum ini dengan mengucapkan tahniah dan gembira dengan berita tersebut.

Terdahulu, Madammu ada berkongsikan proses dan pengalamannya menjalani IVF di pusat rawatan tersebut pada Julai.

Ini merupakan anak pertama buat Madammu dan difahamkan ketiga buat suami yang sudah mempunyai sepasang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

Madammu terdahulu sering berkongsi kehidupan sehariannya di media sosial dilihat sangat mesra dan rapat dengan anak-anak tirinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*