[VIDEO] “Hadiah pencen untuk Mama & Abah” – Hafiz Mahamad

Tiada yang lebih membahagiakan ibu bapa apabila anak mereka mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat tetapi tidak pernah lupa akan jasa ibu bapa yang membesarkan dan memberi mereka pendidikan yang sempurna.

Walaupun ibu bapa tidak pernah meminta jasa mereka dibalas tetapi anak yang soleh dan solehah akan berusaha untuk membalas jasa mereka walaupun kita semua tahu yang jasa ibu bapa tidak dapat dibayar walaupun duit seluas lautan.

Jasa itulah yang ingin dibalas oleh influencer dan seorang dermawan iaitu Hafiz Mahamad, hari ini merupakan hari persaraan ibunya yang telah berkhidmat sebagai Jurur4wat. Jadi Hafiz telah membuat satu kejutan kepada ibunya dan juga ayahnya sekali untuk sebuah hadiah yang bermakna.

Kejutan yang dimaksudkan itu adalah sebuah kenderaan MPV Vellfire dan juga kejutan yang amat bermakna iaitu nenek, menantu dan juga cucunya juga berada di dalam kereta tersebut untuk sama- sama meraikan dan memberikan kejutan yang bermakna itu. Kejutan itu diakhiri dengan tangisan dan kegembiraan kerana kejutan itu.

VIDEO;

@hafizmahamad

Hadiah pencen untuk Mama & Abah Sebak sangat bila sampaikan ni, 3 bulan saya prepare ni Hafiz harap Abah & Mama happy 💙

♬ Rindu Abah – Akusty2

Apabila diterjah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang mendoakan kesejahteraan dan dipermudah serta dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibu bapa mereka yang masih hidup dan membalas jasa mereka.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.tiktok.com/@hafizmahamad / Koleksi Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*