“Nampak sopan macam ni”… Masya Masyitah kongsi foto terbaharu, penampilan bertudung labuh dipuji

SELEPAS beberapa kali menerima krit1kan kerana pemakaiannya, kali ini penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menarik perhatian netizen menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram.

Dalam hantaran itu, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna.

masya1

Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada.

I love you just the way you are,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata netizen memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)


“Cantiknya Masya! Semoga baik sahaja dan dilindungi oleh Allah dalam setiap perjalanan.

“Manis sahaja tengok Masya pakai pakaian macam tu, semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan.

“Nampak sopan sangat macam ni… macam ini barulah Allah pun suka. Nampak matang dan ayu,” komen netizen.

masya2

Fesyen Masya sering mendapat perhatian netizen.

Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Fesyen Masya itu dikec4m sewaktu dia berada di Dubai.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*