Comel suami dia! Sanggup ‘stop’ makan nasi nak tengok kuku isteri… Tapi tiba-tiba kaget tengok PlayStation 5 atas meja

PEMBERIAN hadiah adalah simbolik bagi melahirkan rasa kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing.

DALAM kehidupan berumah tangga, biasanya sudah menjadi lumrah untuk suami memberikan hadiah kepada isteri tercinta.

Namun, stigma kaum lelaki yang harus mengambil inisiatif dengan pemberian istimewa bakal berubah apabila wanita ini mengambil langkah ke depan dengan menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna kepada suaminya.

Dalam satu video pendek yang tular di TikTok, wanita itu @tswift1995 berkongsi rakaman reaksi suaminya tatkala menerima hadiah luar biasa sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Si isteri membuat perancangan untuk menghadiahkan suaminya PlayStation 5.

Segalanya bermula apabila si suami sedang duduk di meja makan menikm4ti hidangan dan isterinya memanggil dia untuk melihat pengilat kuku baharu yang dipakainya.

Tanpa mengesy4ki sebarang perkara yang mencurigakan, suaminya terus bangun dari kerusi dan bergegas untuk melihat sendiri pengilat kuku tersebut.

Babak seterusnya pasti akan mencuit hati semua kerana tatkala si suami melihat hadiahnya, dia seakan-akan terkeluar sebentar daripada dunia realiti.

“Ahhhhhh!” jerit suaminya cuba menghadam apa yang sedang berlaku.

Reaksi spontan penuh keterujaan itu susulan hadiah yang diterima berupa sebuah konsol permainan terkini PlayStation 5 yang mencecah harga ribuan ringgit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


It’s too much, take it back, send it back,” kata suaminya.

Namun tindakan si suami menunjukkan sebaliknya kerana dia pantas membawa PS5 itu ke hadapan televisyen.

Terdahulu, si isteri telah memasukkan namanya ke dalam senarai menunggu sebuah kedai elektronik bagi menempah slot pembelian konsol permainan PlayStation 5 itu.

Ini kerana ia masih belum dijual secara meluas di seluruh negara.

Antara komen netizen di TikTok.

Reaksi netizen tidak tertumpu kepada pemberian hadiah konsol permainan oleh wanita itu tetapi lebih terpesona dengan kesanggupan suaminya untuk berhenti makan dan melihat kuku isterinya.

“Dia sanggup stop makan nak tengok kuku okay.

He deserve that ps5 cause tengah makan pun sanggup bangun just to look at your nails.

Cute dia bangun ya untuk tengok kuku tu, kalau lelaki orang lain tu dah marah dah kot,” tulis warga maya kagum.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*