‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera beb3l bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah. Mesra disapa Shiera, beliau baru-baru ini diraikan sempena hari lahirnya yang ke-48 tahun.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan selebriti tersebut memasuki rumah sambil disambut anak-anak tersayang.

Rupa-rupanya, itu adalah kejutan istimewa buat dirinya daripada anak-anak bersempena hari lahir beliau.

Lebih menarik lagi, anak lelakinya yang bernama Airell, bertindak sebagai perancang utama dekorasi untuk majlis tersebut.

Pun demikian, apa yang membuatkan ramai terhibur, Shiera membeb3l setelah mendapati ada sampah berupa plastik, straw minuman dan juga getah turut diletakkan bersama di atas meja hiasan.

Lantas, beliau bertanyakan sama ada itu adalah sebahagian daripada dekorasi yang disediakan anaknya atau bagaimana?

Lebih melucukan, selain terdapat beberapa biji kek hari lahir, anak lelaki Shiera juga hanya meletakkan tiga biji brownies di ruangan cupcakes yang luas itu.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)


Pun demikian, kesungguhan yang ditunjukkan anak lelaki penyampai radio dan suaminya, Ijoy Azhari mendapat pujian ramai. Ramai yang menyifatkan Airell berbakat dalam bab mendekorasi.

Menjengah ke ruangan komen, berikut beberapa reaksi daripada warga maya:

Suka betul tengok keluarga Shiera ini. Penuh kasih sayang. Pasti anak-anaknya sudah terbiasa dan layan sahaja perangai ibu mereka yang suka membebel itu. Meriah satu rumah kan dengan gelagat lucunya itu.

Komen netizen:

Sumber: Instagram Shieraijoy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*