[Vide0] Ajaib, betul-betul bayar cash! Dua sahabat dapat rezeki tak disangka selepas bantu kucing ketika poket kering

TAK rugi bantu haiwan.. Demikian kata pekerja penghataran J&T, Muhammad Nurfais atau Acak yang kini membela enam ekor kucing di kediamannya di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Dia sebelum ini hanya membela lima ekor kucing, namun baru sahaja menyelamatkan seekor lagi si bulus yang ced3ra minggu lalu sebelum ia dibawa menjadi penghuni terbaharu kediamannya.

kucing2

“Minggu lepas saya jumpa seekor kucing jalanan yang terhencot-hencot, macam baru kena langg4r. Saya dah ada lima kucing di rumah, duduk apartment tak boleh bela banyak-banyak.

“Tapi saya tetap ambil dan bawa pulang. Saya beri nama Dido. Saya tak hantar ke klinik sebab tahu sikit-sikit cara untuk rawat. Dalam seminggu Dido dah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan macam biasa,” ujarnya.

Ded4h Acak, rezekinya melimpah ruah secara tiba-tiba sejak dia membela Dido, sekali gus membuatkan dia semakin bersemangat untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kucing yang diselamatkan diberi nama Dido dan kini menjadi si bulus keenam dalam kediamannya.

Selain video Dido yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok, dia turut menerima beberapa tawaran reviu yang dapat menjana pendapatan sampingan buatnya.

“Sejak bela Dido, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Ada dapat jemputan reviu. Makanan kucing yang saya jual melalui TikTok pun laris. Apa-apa haiwan yang kita bela dengan baik, mereka pasti doakan kita.

“Murah rezeki kalau bela haiwan. Cepat atau lambat, rezeki itu pasti datang. Dulu saya pernah ada RM50 untuk bertahan sampai hujung bulan, tapi tetap bantu seekor kucing untuk dibawa ke klinik.

“Saya percaya akan keajaiban. Pada masa itu, klinik hanya minta saya bayar RM25. Jadi baki selebihnya RM25 untuk saya. Tanpa disangka-sangka, dalam beberapa hari selepas itu saya dapat duit cashback, sedangkan duit itu sepatutnya lambat lagi akan masuk,” ded4hnya.

Haziq pertama kali bela kucing

Selain Acak, seorang rakannya yang dikenali sebagai Mohd Haziq Mansor turut berdepan kejadian hampir sama, pada Rabu tengah hari di kawasan perindustrian berdekatan Kapar, Klang.

Berbeza dengan Acak yang sudah lama membela kucing, rakannya itu tidak mempunyai sebarang pengalaman, namun tetap berusaha untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

Dalam kejadian itu, Haziq menjumpai kucing berkenaan yang ny4wa-ny4wa ikan di tengah jalan, dipercayai terj4tuh dari kenderaan.

“Saya melalui sebuah jalan shortcut berdekatan kawasan perindustrian. Memang jarang orang lalu jalan tu. Kebetulan saya lalu, nampak ia terbaring. Saya ingatkan dah m4ti, jadi saya nak tolong alih.

“Ketika menghampirinya, saya dengar suara. Kucing tu macam kekeringan air dalam badan, ia tercungap-cungap di atas jalan raya yang panas dalam 2.30 petang. Saya rasa ia j4tuh dari enjin kereta.

haziq1

Kucing yang diselamatkan kini dijaga oleh Haziq.

“Saya tak ada pengalaman jaga kucing. Ini pengalaman pertama. Jadi saya tanya Acak, sebab dia pakar bab kucing. Dia minta saya bawa ke klinik. Agak risau juga berapa kosnya, sebab saya belum gaji lagi.

“Tiba-tiba nak kena tanggung kos rawatan kucing pula. Tapi Alhamdulillah, saya hanya bayar dalam RM29. Kucing tu ada ced3ra sikit, kakinya macam terseliuh. Sekarang saya yang bela, saya akan jaga sampai sihat,” ujarnya.

Menurut Haziq, dia tetap mahu membantu biarpun tidak mempunyai pengalaman kerana tidak sanggup membiarkan si bulus itu m4ti kep4nasan di atas jalan.

haziq2

Haziq (kiri) berkata ia merupakan pengalaman pertamanya membela kucing.

“Bila nampak ia di atas jalan, saya rasa tak boleh tengok dalam keadaan macam tu. Apatah lagi kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah. Takkanlah saya dah lalu tapi nak biarkan kucing tu.

“Kalau biar, memang tak selamat. Saya juga mesti akan rasa bersalah.Walaupun saya bukan pencinta kucing, sifat kemanusiaan itu ada. Bila dengar suara kucing tu menj3rit-j3rit masa tengah baring atas jalan, memang sedih sangat,” ujar pemuda itu lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Kredit : Koleksi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*