“Moga Allah Buka Seluasnya Rezeki, Founder Yang Humble,” – Aleeya Zailan & Suami Masak 340 Kilogram Sotong Buat Sedekah Masjid

Pempengaruh dan usahawan berjaya, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikannya menerusi platform TikTok, kelihatan Aleeya dan Azri yang sinonim disapa Big Boss serta beberapa pembantu dilihat bertungkus-lumus menyediakan masakan.

“Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

“Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,” celoteh Aleeya yang dirakam sibuk menumis bahan.

Mencecah lebih sejuta tontonan kini, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya sekeluarga sebagai sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan mereka berstatus jutawan.

 

@aleeyazailanavenys

terima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Masakan tidak, ada yang berpendapat, Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Malah tak kurang yang memuji usaha murni yang dilakukannya itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.

“Terima kasih atas pemberian gifts di TikTok selama ini. Mungkin ramai yang tak tau ke mana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. Inilah dia…Aleeya dermakan balik.

“Whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala, semoga berkat rezeki kite semua ya,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*