[VIDEO] Selalu cakap ‘tak nak orang jauh’, akhirnya jiran jadi jodoh! Bukan saja rumah dekat, nama dan tarikh lahir pun hampir sama

BUKAN sahaja mempunyai sebutan nama yang seakan-akan sama, malah tarikh lahir pasangan pengantin baharu ini juga tidak jauh bezanya iaitu hanya berselang seminggu.

Kisah pertemuan dan jodoh mereka juga cukup unik apabila masing-masing sebenarnya hanyalah jiran sebelah rumah!

Jurugambar majlis perkahwinan mereka, Nur Syakirah Ibrahim yang menceritakan kisah pasangan pengantin berkenaan, Nur Amirul Aina Muhamad Zahir dan Muhammad Amirulhakim Abdul Mutalib berkata, kedua-duanya bukanlah berkawan sejak kecil meskipun berjiran.

“Saya sendiri pun terkejut apabila tahu kisah pasangan ini daripada sepupu dan saudara mara mereka. Sebenarnya, Aina memang dilahirkan di kampung ini iaitu Kampung Pagan, Naka, Kuala Nerang, Kedah kerana keluarganya asal sini.

“Manakala Amirul pula hanya berpantang di kampung ini iaitu di rumah neneknya ketika dia baru dilahirkan. Selepas habis berpantang, ibu bapanya pulang semula ke Pulau Pinang dan dia membesar di sana.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Hanya ketika sekolah menengah, Amirul berpindah dan bersekolah di kampung ini, dan sekelas dengan Aina ketika tingkatan tiga. Itupun mereka tak bercinta atau ada hubungan apa-apa.

“Mengenai nama pula, memang kebetulan betul. Tarikh lahir mereka pun berbeza seminggu saja iaitu Aina pada 4 Oktober 1997 manakala Amirul pada 11 Oktober 1997,” cerita Nur Syakirah kepada mStar.

nikah 4

Pasangan ini diperkenalkan oleh kakak Amirul selaku orang tengah.

Menurut jurugambar ini, pasangan tersebut pada mulanya berkenalan melalui kakak pengantin lelaki yang bertindak sebagai orang tengah.

“Mereka tak bercinta dan tak pernah ada hubungan pun. Hanya kenal rapat pada Februari lalu selepas kakak Amirul yang jadi orang tengah.

“Aina ni pemalu. Dia bekerja di rumah buat kek dan kuih. Disebabkan anak tunggal, dia kalau boleh tak nak orang jauh sebagai jodoh sebab tak nak jauh dengan parents.

nikah 1

Pengantin perempuan beramah mesra dengan tetamu.

“Bila dikenalkan oleh kakak Amirul, dua-dua okay dan setuju lantas ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” cerita wanita berusia 22 tahun ini.

Menurut Nur Syakirah, dia berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada hari bahagia pasangan berkenaan yang disifatkannya sebagai begitu unik.

Mereka tak bercinta dan tak pernah ada hubungan pun. Hanya kenal rapat pada Februari lalu selepas kakak Amirul yang jadi orang tengah.

NUR SYAKIRAH IBRAHIM

JURUFOTO

“Saya pada mulanya dihubungi oleh Aina untuk khidmat jurugambar pada majlisnya. Aina pun tak beritahu dia dan suami berjiran. Bila sampai rumah klien pada hari persandingan, barulah saya dapat tahu daripada sepupu dan saudara maranya.

“Aina tak mahu photoshoot outdoor, dia request untuk saya rakam setiap momen ketika majlis berlangsung di kedua-dua rumah.

syakirah

Nur Syakirah bertanggungjawab merakam perjalanan majlis raja sehari itu.

“Seronok sangat sebab dapat rakam orang merewang, orang berarak bawa bunga manggar, ada bunga telur. Memang rasa seperti majlis kahwin dulu-dulu betul.

“Sepanjang berkecimpung dalam kerjaya wedding photographer, inilah antara perkahwinan yang cukup meriah dan rare bagi saya,” ujarnya yang merupakan pengasas syarikat fotografi NS.Gambaq ini.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*