Guru terkejut pengawas tiba-tiba men4ngis, selepas ‘siasat’ rupanya sebab dipanggil ‘makcik’… ibu ded4h sikapnya di rumah

Tugas sebagai pengawas koperasi di sekolah sememangnya antara ‘jawatan’ yang menyeronokkan bagi pelajar, lebih-lebih lagi jika diberi peranan untuk menjadi juruwang.

Selain menanam minat bergelar seorang usahawan dan sikap amanah dalam diri pelajar, jawatan tersebut juga melatih mereka menajamkan skil komunikasi kerana perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan ini yang dilatih dan diberi kepercayaan oleh guru untuk menggalas peranan sebagai pengawas koperasi di sekolahnya.

Namun video yang dirakam oleh gurunya ketika dia sedang menjalankan tugas baru-baru ini, membuatkan rata-rata netizen terhibur.

Mana tidaknya, g4dis tersebut yang dikenali dengan nama Aina men4ngis gara-gara dipanggil ‘makcik’ oleh pelajar lain yang mengunjungi koperasi untuk membeli ais krim.

Guru berkenaan, Atiqah Liyana Salleh berkata, dia sendiri tidak menyedari tentang perkara itu sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakan sekelas Aina.

“Sebelum itu saya selaku guru koperasi ada bersama Aina dalam koperasi. Kemudian saya minta diri kerana nak buat persiapan untuk masuk ke kelas dan mengajar.

“Kebetulan selepas itu memang jadual mengajar saya adalah kelas Aina. Tiba-tiba murid-murid lain beritahu Aina men4ngis. Saya hairan juga sebab sebelum tu dia okay je masa dalam koperasi.

cikgu 4

Atiqah Liyana merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka.

“Saya tanya kenapa men4ngis… rupa-rupanya sebab ada student panggil dia makcik. Tiga kali pula tu. Kata Aina, yang panggil dia makcik tu pelajar sebaya iaitu tingkatan tiga.

“Masa tu tengah santai-santai jadi saya sempat rakam sekejap sebab ia momen lucu. Saya pun pujuk Aina, minta dia kuat semangat. Saya sendiri dah biasa kena panggil kakaklah, makciklah.

cikgu 2

Atiqah Liyana sememangnya gemar melakukan aktiviti bersama para pelajar.

“Tapi Aina ni hati lembut… yang panggil dia tu pula rakan sebaya sebab tu dia teremosi. Tapi selepas pujuk dia dah okay, siap gelak dan akui dia pun nak tergelak bila ingat semula,” ujar guru berusia 31 tahun ini.

Tambah guru subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka, ini, dia turut meminta kebenaran daripada ibu bapa Aina terlebih dahulu sebelum memuat naik rakaman itu di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ibu bapanya okay saja malah mereka pun terasa lucu dengan gelagat Aina. Kata ibunya, Aina dekat rumah seorang kakak yang garang dan tegas, tak sangka rupa-rupanya sensitif juga,” katanya yang sudah berkhidmat lebih enam tahun di sekolah berkenaan.

Ujar guru ini lagi, dia sekadar mahu berkongsi momen lucu ragam pelajarnya di media sosial dan sama sekali tidak menyangka ia turut mencuit hati ramai.

Malah ada juga segelintir netizen yang memuji ‘bonding’ yang terjalin antara dirinya dengan pelajar yang kelihatan cukup santai dan mesra.

cikgu 3

Atiqah Liyana pernah mendapat gelaran ‘Guru Paling Sporting’ pada tahun lalu.

“Reaksi Aina selepas tahu dirinya viral, dia gelak saja. Katanya, pelajar yang panggil dia makcik tu pun dah minta maaf.

“Saya memang suka bergurau… saya rasa guru dan pelajar perlu ada hubungan yang mesra agar mewujudkan komunikasi yang selesa, asalkan tak melebihi batasnya.

“Mungkin disebabkan itu, pelajar-pelajar memilih saya untuk rangkul anugerah guru paling sporting tahun lepas,” ujarnya berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*