[VIDEO] Lena dibuai mimpi, gelagat kucing tak sedar walaupun badan basah kena air buat ramai terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @nrlfrhnnaa memaparkan seekor kucing yang popular nyenyak tidur.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kucing tersebut yang masih dibuai mimpi walaupun badannya basah kerana telah terkena air, tidak seperti kucing-kucing lain yang begitu takut dengan air.

“M4ngsa banjir tak sedarkan diri,” tulis @nrlfrhnnaa di ruangan kapsyen.

Video:

@nrlfrhnnaa

😅 #fypシ

♬ bunyi asal – Nurulfarhana Nurulfarhana – Nurulfarhana Nurulfarhana

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 583.2k tontonan, 57.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok nrlfrhnnaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*