“Ibu..Ibu…Adik Datang Ni”- Anak Jahidah Mengesot Cari Ibu Dalam Bilik, Buat Netizen Seb4k

Pastinya antara kita sedia maklum dengan kisah dvka seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang selamat melahirkan anak dalam keadaan k0ma secara pembed4han hujung tahun lalu g4ra-g4ra diani4ya oleh suami yang tidak berhati perut.

Kini anak lelaki yang diberi nama J Ehsan Nufail, usianya bakal genap setahun pada 30 November ini. Dapat dilihat melalui perkongsian daripada Fauziah, anak buahnya itu  semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil. Apatah lagi ibunya tidak pernah jamah apa-apa selain svvsu sepanjang k0ma dan terlantar atas katil.

Pun begitu, Fauziah menyatakan kerisauan dek kerana berat badan Nufail  masih belum mencapai berat badan ideal. Apa tidaknya, sejak dalam r4him ibu lagi anak buahnya itu tak merasa makanan kecuali svsu. Lantaran itu, Fauziah bertanyakan kepada warganet suvsu apa yang terbaik untuk menambah berat badan Nufail.

“Dah bulan 10 berat tak cantik lagi, semoga Nufail membesar sihat” kongsi Fauziah.

Nyata warganet begitu prihatin dengan Nufail, perkongsian video tersebut mendapat maklum balas dengan ramai yang berkongsi info dan mendoakan agar Nufail dapat membesar dengan sihat.

Selain itu,  Fauziah Nordin  ada berkongsi lagi kepada umum video yang turut menyentuh hati wargamaya. Dimana memperlihatkan gelagat Nufail yang sudah pandai mengesot meluru ke arah bilik ibunya. Seakan-akan anak kecil itu tahu di mana ibunya berada tanpa dibantu oleh sesiapa.

Mungkin siapa tahu, naluri anak merasakan ibunya sedang memanggilnya, “ibu..ibu…adik datang ni”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sayu menyaksikan tindakan anak tunggal Jahidah Nordin berkenaan. Dalam waktu yang sama, mereka turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta ibunya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*