Sampai sorok kepala dalam beg kertas, suami tak rela dip4ksa habiskan makanan isteri… Rupanya jadi ‘m4ngsa’ sejak muda!

Gurauan penuh kemesraan yang ditonjolkan pasangan veteran ini mencuit hati warga maya.

Menerusi video tular, gelagat seorang wanita memaksa suaminya menghabiskan makanan sempat dirakam si anak, Musni Malisa Mustafar, 43, ketika makan di sebuah kafe terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Musni Malisa yang senang disapa Mell, ibunya, Wan Taini Wan Ahmad selalu ‘membvli’ bapanya, Mustafar Khalid dengan memaksa untuk menghabiskan makanan.

“Kejadian tu pada 22 Oktober lalu lepas saya ambil mama dan abah dari Subang Airport. Mereka datang dari Terengganu.

“Sebelum balik ke rumah, saya bawa mereka makan dulu dekat luar. Acara makan-makan bersama anak dan cucu memang akan jadi agenda menggembirakan buat mama dan abah apabila datang Kuala Lumpur (KL).

“Macam biasa mama selalu order makanan ikut selera orang KL sebab tu biasanya makanan mama selalu tak habis. Masa tu mama order Western Omelette Tuna Croissant. Jadi bermulalah adegan suap dekat abah tengah leka sampai makanan dia habis,” ujar Mell ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun pada hari tersebut, bapa Mell menolak pelawaan untuk menghabiskan makanan kerana dia sendiri sudah kenyang.

Ujar Mell yang merupakan anak sulung daripada enam beradik, ini merupakan kali pertama bapanya berjaya mengelak.

“Abah mengelak daripada kena suap sampai tekup mulut dia dekat cermin kedai makan. Tak cukup dengan tu abah masukkan muka dalam paperbag pula yang kebetulan saya isi makanan luar sebelum tu.

“Saya rasa kelakar pula tengok mereka jadi secara spontan saya keluarkan telefon dan rakam video tu.

Mell (tengah) bersama ibu dan bapanya.

“Akhirnya abah berjaya mengelak dan yang menjadi m4ngsa seterusnya kena habiskan tu adalah adik saya. Itupun sebab dia leka berborak jadi mama sumbat sampai habis,” imbas Mell.

Bercerita lanjut mengenai ibu dan bapa Mell, ujarnya, mereka ini merupakan pasangan romantis sejak awal usia perkahwinan sehingga kini.

Tambahnya, kemesraan ditonjolkan pasangan yang kini sedang bercuti di Iran ini menyebabkan mereka digelar sweet couple dan belangkas oleh rakan-rakan ayah Mell sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Abah dulu guru sementara sebelum masuk universiti. Mama pula kerani sementara dekat sekolah yang sama. Abah selalu usik mama dan mama tak suka abah masa tu. Tapi kesungguhan abah buat mama jatuh cinta. Tak sangka sampai sekarang mereka masih romantik.

“Waktu abah kerja dulu, abah akan cuba keluar waktu rehat untuk makan dengan mama walaupun sekejap. Duduk dalam rumah bersama pun, kalau mama tak ada depan mata masa makan abah akan panggil suruh teman.

“Baju mereka pakai untuk keluar pun tak pernah tak sama, mesti nak pakai sedondon. Abah sanggup tukar baju kalau tak sama warna dengan mama,” ujar Mell lagi.

Ibu dan bapa Mell.

Berikutan video dikongsikan Mell di TikTok, ia meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan.

Rata-rata warga maya memuji ‘kecomelan’ keletah pasangan veteran itu.

Dalam pada itu, Mell yang menetap di Kota Kemuning, Shah Alam turut berkongsi tip yang diamalkan ibu bapanya untuk kekal bahagia sehingga kini.

“Saya sentiasa doakan agar Allah panjangkan usia mama abah sebab mereka adalah insan yang banyak mengajar kami berkasih sayang. Anak menantu banyak contohi abah dalam menyantuni isteri dan suami masing-masing.

Bapa Mell mula mengenali si ibu ketika mereka bekerja di sebuah sekolah di Terengganu.

“Satu ajaran mama pada kami adalah dia tak akan makan selagi suami belum makan jadi kami adik beradik dah terdidik kalau nak makan utamakan ketua keluarga.

“Bagi saya, apa yang istimewa dan beruntungnya kami menjadi anak mereka… setiap malam abah mama akan bangun tepat jam 3 pagi untuk solat tahajud dan solat hajat.

“Saya berharap dengan limpahan kasih sayang abah mama ini dapat memberi inspirasi kepada banyak pasangan di luar sana agar sentiasa berkasih sayang sampai tua.

“Hargai masa yang ada bersama. Ambil dan buat seberapa banyak memori bersama pasangan… itulah yang selalu mama abah pesan pada kami,” ujar Mell.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*