Pelajar sekolah memandu p4nik, parkir kereta atas pembahagi jalan

Bebelan seorang guru memandu terhadap pelajarnya yang gagal memasuki petak parkir sehingga menaiki pembahagi jalan telah mencuit hati ramai netizen.

Menerusi video berdurasi dua minit yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok @appypyna menyaksikan seorang pelajar memandu yang cuba memasuki petak parkir secara semberono sehingga menaiki pembahagi jalan.

Lucunya, pelajar tersebut dengan yakin mengangkat tangan menandakan dia sudah menyelesaikan tugas tersebut.

Susulan video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah komen-komen sinis dan lucu.

Video:

@appypyna

apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.. #fypシ #fypシforyoupage #appypyna

♬ original sound – appy pina – appy pina

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman yang hampir sama ketika mengambil ujian lesen memandu ketika dahulu.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir 2 juta tontonan dan lebih 79 ribu tanda suka dengan 8,964 ribu perkongsian.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*