Anak Sulung Rahmad Mega Terima Ijazah Sarjana, Netizen Siap Puji Nampak Macam Adik & Abang

Sabtu lalu telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17 yang mana anak lelaki kepada penyanyi rock terkenal iaitu Rahmad Mega turut bergelar graduan institut berkenaan.

Graduan ijazah sarjana

Anaknya, Suhazrin Amrin, 25 tahun, berjaya bergelar graduan Sarjana Sains turut ditemani oleh kedua-dua ibu bapanya di Kompleks UMP semasa majlis konvokesyen itu berlangsung.

Bukan itu saja, beberapa gambar turut dikongsikan oleh Rahmad sendiri di akaun Instagram miliknya sekali gus meluahkan rasa bangganya apabila anak lelaki berjaya menamatkan pengajian.

Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan master in science (sarjana sains) di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya.

Ramai ucap tahniah

Momen membanggakan Rahmad itu mendapat perhatian peminat kerana rata-rata tidak menyangka bahawa anaknya kini merupakan pemegang ijazah sarjana malah turut ada yang menyamakan mereka saling tak tumpah seperti adik beradik!

Malah, ramai juga mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut dan mendoakan agar anaknya itu terus berjaya dalam mengecapi kejayaan yang diimpikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahmad Mega (@rahmadmega)


Difahamkan juga, Rahmad turut membuat kejutan dengan muncul di atas pentas majlis konvokesyen dan menyanyikan lagu Takdir dan Waktu sambil ditemani Suhazri untuk menghiburkan tetamu yang hadir terutamanya ibu bapa graduan yang lain.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*