[VIDEO] Nenek 62 tahun lincah main kasut roda cvri perhatian ramai

Aksi seorang wanita warga emas yang lincah meluncur menggunakan kasut beroda mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @hananrahman86 yang juga anak kepada wanita tersebut menyaksikan aksi santai ibunya yang berumur 62 tahun sangat aktif menggunakan kasut beroda sambil membuat gaya bebas.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kelincahan wanita tersebut.

Sementara itu, terdapat netizen yang berpendapat permainan kasut beroda ini memang terkenal sekitar zaman 80-an dan 90-an dimana hampir keseluruhan anak muda pada ketika itu handal meluncur dengan kasut beroda.

Video:

@hananrahman86

Aku tercabar 😩 #fyp #ForYourPage #shouldbeme #TrendingMalaysia #MalaysiaTiktok

♬ SWIPE – ALYPH

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan, 32,200 tanda suka dengan 1896 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*