“Kau ngantuk tapi kena jaga adik,” – [VIDEO] Gelagat Oyen dodoi baby cvri perhatian ramai

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @theaeynazli_ memaparkan seekor kucing berwarna oren yang popular dengan gelaran Oyen berada bersebelahan buaian dimana seorang bayi berada di dalamnya.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Oyen yang secara selamba meletakkan tangannya di buaian itu, seolah-olah dia yang sedang mendodoi bayi tersebut.

“Tak semua oyen nakal ada jugak ada jugak yang function teruk. Muka redha betul buaikan adek baby,” tulis @theaeynazli_ di ruangan kapsyen.

Video:

@theaeynazli_

tak semua oyennn nakal ada jugak yg function teruk!😂 muka redha bethol buaikan adek baby🤭 #oyenkingfyp #pencintakucing #pencintahaiwan #oyensister #oyenforlyfe #fypシ゚viral #oyenviral

♬ Cute – Tik Tok

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 90.9k tontonan, 8.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok theaeynazli_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*