“Smooth je dia buat,” – [VIDEO] Gelagat anak Eyra Hazali tersalah angkat jari buat ramai terhibur

Pelakon Eyra Hazali adalah seorang pelakon yang mula menceburi bidang seni ini sejak dari kecil lagi. Umum sedia maklum bahawa Eyra Hazali mempunyai anak lelaki yang sangat comel bernama Hayder Qhalish. Kecomelan Hayder ini sering mencvri perhatian ramai.

Telatah comel yang selalu dimuatnaik di pelbagai media sosial membuatkan Hayder menjadi terkenal dan ramai yang tertunggu-tunggu video comelnya. Sejak kecil lagi Eyra memang sudah memperlihatkan anak lelakinya itu dengan video-video aktiviti bersama Hayder.

Menerusi video di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @hakimihelmi0 memaparkan adik Eyra iaitu Qharisma sedang mendukung Hayder.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Hayder Qhalish yang tersalah mengangkat jari tengah, lalu serta merta diturunkan oleh Qharisma.

Video:

@hakimihelmi0

#hayderqhalish #fyp

♬ original sound – Hakimi – Hakimi

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 634.8k tontonan, 77.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Hayder Qhalish.

Sekadar info, Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Khalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok hakimihelmi0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*