[VIDEO] Isteri ditahan wad, pengantin lelaki terp4ksa bersanding seorang diri

Hari persandingan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai, akhirnya terp4ksa diraikan oleh pengantin lelaki seorang diri apabila isteri dimasukkan ke hospital.

Video yang dimuat naik oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di akaun TikToknya, menunjukkan dirinya terp4ksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa ditemani isteri di sampingnya.

“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya di dalam video itu.

Menurut video berkenaan itu juga, pasangan tersebut telahpun bernikah pada 29 September tahun lepas dan terp4ksa menunggu setahun untuk bersanding kerana tuntutan kerja sang suami yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Walau bagaimanapun, sebab sebenar isterinya yang juga sedang mengandung itu dimasukkan ke hospital, tidak diketahui.

Video:

@syaf0311

pahit untuk ditelan ❤️‍🩹

♬ only love can hurt like this – favsoundds

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 204,500 tontonan, 10,100 tanda suka dan 81 perkongsian.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai mendoakan pasangan tersebut dan memberikan semangat buat mereka untuk terus kuat melalui dugaan tersebut.

Ada juga yang komen bahawa mereka senasib dengan pasangan pengantin ini, apabila hari persandingan yang ditunggu-tunggu terpaksa dibatalkan oleh pelbagai halangan yang tidak diduga.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*