[VIDEO] Netizen Cembvru Ariel Bagi 3 Tiket ‘Guest’ Konsert Noah Kepada Finalis Dewi Remaja – “Macam Mana Boleh Dapat? Adakah Sebab You…”

Rezeki tak salah alamat… Itulah boleh digambarkan oleh pramugari yang dikenali sebagai Zeera Azizi apabila dia dapat menonton Konsert Noah Noah Live In KL pada malam Ahad secara percuma.

Lebih menarik, Zeera menerusi laman sosial miliknya berkongsi paparan skrin mesej daripada vokalis kumpulan itu iaitu Ariel sendiri yang memberikan tiga pass atau tiket konsert tersebut.

“Hi Zeera, got your 3 tickets. Nanti ketemu sama dia di venue sekitar pukul 7.30 malam,” mesej Ariel kepada Zeera menerusi DM di Instagram.

Melahirkan rasa syukur atas rezeki itu, Zeera yang juga kakak kepada pelakon Neera Azizi turut berkongsi foto dia bersama Ariel di bilik rehat belakang pentas.

Malah, finalis Dewi Remaja 2018 / 19 ini turut berharap dia berpeluang untuk menonton konsert band Indonesia terkenal itu pada tahun hadapan.

Video:

@zeeraazizi7

Alhamdulillah rezeki🤲🏻 hope to see NOAH again next year! 🤘🏻 i keep here as a beautiful memory💖 #noah

♬ Bintang di Surga – Noah

“Alhamdulillah, rezeki. Harap dapat jumpa Noah lagi pada tahun hadapan. Saya simpan sini untuk kenangan terindah,” tulisnya.

Selain cembvru, rata-rata netizen menganggap Zeera yang pernah menceburi bidang lakonan itu sangat bertuah kerana Ariel sendiri yang memberikan tiket kepadanya.

“Pergh… Ariel yang DM dia tau… jadi, ini siapa? Sangat bertuah.

“Ariel memang pencinta wanita namun dia bukan buaya.

“Macam mana boleh dapat? Adakah sebab you stewardess (pramugari),” komen netizen.

Sementara itu, Zeera turut membalas komen netizen yang mendakwa wang adalah segala-galanya untuk mendapatkan sesuatu.

“Tak keluar duit walaupun satu sen pun. Ini semua rezeki,” kata Zeera kepada individu tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*