[Video] Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejvtan terbangkan belon dengan wang… ada rezeki lain dapat RM2,500

ADA pelbagai cara kita boleh lakukan untuk membahagiakan ibu bapa.

Nurul Aqilah, 30, seorang perancang kejutan yang juga dikenali sebagai Kak Bie lega dapat memenuhi permintaan membuat ‘surprise’ hari jadi ibu bapa pelanggannya yang berada di Kuala Lipis, Pahang.

“Anak-anak dia tinggal berjauhan dan sudah berkeluarga, rancang nak tengok reaksi mak ayahnya yang berada di kampung.

“Masa mula-mula anak dia WhatsApp, banyak kali juga fikir nak buat kejutan ini atau tak, risau kalau tak dapat buat seperti yang diminta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Takut juga nanti tak pasal-pasal kena mar4h dengan mak ayah dia. Tapi saya layankan sahaja permintaannya, sebab dia pun dah biasa buat pesanan dengan saya, dalam tiga hingga empat kali sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Kak Bie, pasangan suami isteri yang ‘disasarkan’, Abdul Wahab dan Jamilah sudah dapat mengagak yang mereka akan menerima hadiah apabila melihat dirinya muncul membawa belon yang disertakan dengan sejumlah wang kertas.

Tangkap layar perbualan Kak Bie dan anak kepada pasangan suami isteri tersebut.

Bagaimanapun belon itu terlepas ke udara sebelum sempat diserahkan kepada ‘sasaran’.

“Ayahnya nampak gembira sahaja apabila belon terbang, katanya cantik sebab tak nampak ada duit dekat dalam.

Banyak kali juga fikir nak buat kejvtan ini atau tak, risau kalau tak dapat buat seperti yang diminta.

KAK BIE

“Yang mak pula terdiam, nampak kecewa duit hadiah dia melayang,” ujarnya.

Walaupun duit yang terbang adalah palsu, Kak Bie tetap menunjukkan rasa serba salah dan meyakinkan mereka bahawa dia akan membayar semula wang tersebut.

duit terbang

Abdul Wahab dan Jamilah mendapat kejutan hari jadi yang dirancang anak-anaknya.

Namun begitu, pasangan suami isteri itu kelihatan tidak mar4h dan juga menolak tawaran Kak Bie untuk menggantikan duit yang telah terbang.

Kemudian, perancang kejutan tersebut berpura-pura untuk mengambil duit dari dalam kereta, dan membawa keluar hadiah sebenar iaitu sejambak wang tunai bernilai RM2,500.

Kak Bie merupakan seorang perancang kejutan yang telah melakukan bisnes selama 5 tahun dan kini bersyukur mendapat pelanggan untuk membuat kejutan hampir setiap hari.

“Saya tak jangka pun video tersebut tiba-tiba raih 1 juta tontonan di TikTok, saja nak acah-acah g1mik muat naik video separuh,” katanya tentang video yang dimuat naik melalui akaun TikTok @minahlepat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*