“Selesa sangat la eh sampai berselimut,” – Gelagat kucing penat rewang buat ramai terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman instagram yang dimuatnaik oleh @era.je memaparkan suasana majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah dewan.

Apa yang mencvri perhatian ialah kehadiran seekor kucing yang sedang tidur di bahagian pentas dewan tersebut, seolah-olah dia yang penat buat rewang di majlis itu.

“Selesa sangat la eh sampai berselimut,” tulis @era.je di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram era.je

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*