Azzam Sham Umum Nama Cahaya Mata Pertama, Terus Buka Akaun Instagram Untuk Anak

Pasangan selebriti muda, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie akhirnya mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka yang selamat dilahirkan pada 27 November lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, Azzam memaklumkan nama puterinya ialah Azzalea Safiyya.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin,” tulisnya.

Dalam masa sama, bekas juara Big Stage Musim ke-4 itu turut berdoa agar Azzalea menjadi seorang anak yang solehah.

“Semoga Azzalea Safiyyah menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham)


Sementara itu, Azzam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital dan orang ramai yang banyak membantu serta mendoakan urusan Sheryl dan anaknya.

Apa yang menariknya, Azzam turut mencipta akuan Instagram rasmi buat anaknya yang tercinta di atas nama @azzalea_safiyya.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun milik Azzalea sudah mempunyai 1500 pengikut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*