[VIDEO] Anak buat kejutan hadiahkan pakej umrah, reaksi ibu buat ramai terharu

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian dan juga memberi hadiah yang diidamkan oleh mereka setelah sekian lama.

Sama juga seperti wanita ini yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada ibu.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok Eylaamazlan, pemilik video difahamkan memberi hadiah berupa beg kepada ibunya. Sambil membelek-belek beg tersebut, pemilik video kemudian menghulurkan dia buah buku berupa buku panduan umrah kepada ibunya.

Teruja menerima hadiah tersebut, ibu pemilik video tersenyum lebar tanda gembira, sambil menoleh ke arah suaminya.

“Alhamdulillah, moga Allah permudahkan urusan mak dengan abah untuk pergi umrah tak lama lagi,” tulis Eylaamazlan di ruangan kapsyen.

Video:

@eylaamazlan

Alhamdulillah 🤲🏻 moga Allah permudahkan urusan mak dgn abah utk pergi umrah xlama lagi #fyp

♬ suara asli – Maher Zain Indonesia Fans 🇲🇨 – Maher Zain Indonesia Fans 🇲🇨

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 233.7k tontonan, 26.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut memasang impian membawa ibu bapa masing-masing untuk menunaikan umrah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Tiktok Eylaamazlan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*