“Seronok boleh kongsi…,” – [VIDEO] Lelaki raih pujian lepas kongsi makanan dengan kucing

Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan dimana kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Selain itu berkongsi rezeki dengan yang lain sudah tentunya satu amalan yang terpuji dan patut dicontohi yang lain. Macam gelagat lelaki ini yang meraih perhatian apabila dia berkongsikan makanan yang dimakannya bersama seekor kucing.

Terbaru menerusi video di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @iskandarshah8706 memaparkan seorang lelaki yang sedang makan di sebuah kedai makan.

Apa yang mencvri perhatian ialah tindakan lelaki tersebut yang berkongsi makanan yang dimakan dengan seekor kucing, bahkan dia membiarkan kucing tersebut makan di dalam pinggan bersamanya.

“seronok boleh kongsi macam ni,” tulis @iskandarshah8706 menerusi video.

Video:

@iskandarshah8706

seronok boleh kongsi macam ni #pecintakucing

♬ Teman Sejati – Brothers

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 185k tontonan, 12.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap lelaki tersebut serta mendoakan dia supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok iskandarshah8706

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*