“Allah Uji Sebab Nak Gantikan Yang Lebih Baik,” – Kemal4ngan September Lalu, Ikmal Amry Syukur Dapat Beli Kereta Baru

Pelakon, Ikmal Amry menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia dikurniakan kesempatan untuk memiliki sebuah kereta baharu jenis Volkswagen Tiguan.

Menurut Ikmal, dia telah bekerja keras bagi merialisasikan impiannya itu demi membahagia isteri serta anaknya.

“Saya bekerja keras untuk ini. Terima kasih kerana sentiasa menjadi pelangi selepas hujan.

“Ini untuk kamu dan anak kita Cailie. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua.

“Allah uji sebab nak gantikan dengan yang lebih baik,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama G4ntung The Series itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)


Sementara itu, Ikmal turut menyifatkan pembelian ini sebagai rezeki buat dia sekeluarga bagi menggantikan keretanya yang telah terlibat dalam insiden kemal4ngan jalan raya pada September lalu.

Menerusi entri berasingan, isteri kepada Ikmal, Najla Shamsul menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan usaha kerasa suaminya itu.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian awak membeli kereta baharu. Saya akam sentiasa menyokong dan menyayangi awak,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Najla Samshul (@najlxsam)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ikmal sekeluarga akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Pada September lalu, Ikmal bersama isteri dan anaknya telah terlibat dalam satu kemal4ngan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.

Kereta yang dipandu Ikmal telah hilang kawalan sebelum terl4nggar sebuah kereta lain yang menyebabkan keretanya terbalik lapan kali.

Bagaimanapun, Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami keced3raan teruk.

Sekadar informasi, Ikmal dan Najla telah mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cailie yang kini baru berusia setahun.

Komen netizen:

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ikmal Amry

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*