“It’s been a beautiful & colourful 1 year…,” – Sweetnya ucapan anniversary perkahwinan Uyaina Arshad buat suami tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti selebriti Uyaina Arshad, dimana semalam dia dan suami iaitu Raja Syahiran menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Menerusi laman sosial instagram, Uyaina menulis nukilan indah buat suami tercinta iaituRaja Syahiran sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum.

“Happy 1st Anniversary, hubby @rajasyahiranmy. It’s been a beautiful & colourful 1 year with you, especially after the arrival of His Royal Highness @rajaurhan.

“May we become more loving, kind & respectful to each other. And may we become the best parents to our child(ren) Aamiinn! One down, eternity to go, partner!,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 24,1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Uyaina dan suami, Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Pasangan ini dikurniakan putera sulung iaitu Raja Urhan pada 8 September lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram uyainaarshad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*