Keluar Bersama Bekas Suami & Anak-Anak, Netizen Puji Sikap Profesional Yasmin Hani – ‘Patut Dicontohi Oleh Pasangan Lain’

Walaupun sudah berc3rai namun pengacara Yasmin Hani dan bekas suami, Sha’arin Mohamed Razali masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak.

Keluar dengan bekas suami

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yasmin berkongsi momen ketika keluar makan bersama Sha’arin dan kedua anak mereka, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6 di sebuah restoran.

Dalam rakaman itu, Yasmin yang memakai ‘overall dress’ berwarna merah serta t-shirt putih kelihatan gembira meluangkan masa bersama keluarga kecil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani)


Semestinya, di ruangan komen rata-rata warganet memuji sikap profesional Yasmin dan Sha’arin yang masih berkawan selain meletakkan anak-anak sebagai keutamaan.

Selain itu, ada juga segelintir peminat yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh yang perlu diikuti terutama untuk ibu bapa yang berpisah.

Terdahulu, Yasmin bernikah dengan bekas pemain dram Blackrose pada tahun 2011 namun berc3rai pada tahun 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*