“Memang power lah,” – Gelagat kanak-kanak menari tarian Black Pink di kenduri kahwin buat ramai teruja

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @zh.shii, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang melakukan satu tarian di sebuah majlis kenduri perkahwinan.

Apa yang mencvri perhatian ialah tarian yang dilakukan itu ialah tarian lagu Typa Girl yang dipopularkan oleh kumpulan K-Pop terkemuka di dunia iaitu BlackPink.

Rata-rata pengunjung dan pemilik video terpegun melihat aksi kanak-kanak itu, sehingga ada yang menjerit kerana terlalu teruja.

“Addan memang power lah,” tulis @zh.shii ruangan kapsyen.

Video:

@zh.shii

Addan memang power lah!!! 🔥🔥 #blackpink

♬ Typa Girl – BLACKPINK

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 652.1k tontonan, 54.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Sumber: tiktok zh.shii

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*