Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Siap Jalan Berpegangan Tangan

Seperti diketahui ramai, pelakon Fatin Afeefa sudah bernikah dengan jutawan muda, yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu.

Tak bagi peluang langsung

Terbaru, Fatin memuat naik video yang memaparkan kemesraan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, dengan Aliff.

Menerusi perkongsian di TikTok, kanak-kanak berumur tujuh tahun itu dilihat sedang memegang cincin yang dipakai Aliff ketika mereka sekeluarga berada di sebuah kedai makan.

Selain itu, aktres berumur 29 tahun ini berkongsi momen Ivy berjalan berpegangan tangan dengan Aliff manakala dia bersama anak lelakinya, Adam Aisy Arrian.

Comel Ivy

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat suka melihat keakraban Ivy dengan ayah tirinya.

Selain itu, netizen berasa gembira melihat layanan Aliff kepada dua orang anak Fatin.

Hasil pemerhatian, pelakon filem Tentang Bulan telah memadam hantaran tersebut selang beberapa minit dikongsikan kepada umum.

Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan berc3rai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*