Rasa Berdebar Setiap Kali Ke Tanah Suci, Intan Najuwa Bawa Keluarga Tunai Umrah

Pelakon, Intan Najuwa, memberitahu dia telah selamat tiba di tanah suci Mekah bersama keluarga untuk menunaikan ibadah umrah.

Umrah bersama keluarga

Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan menjelaskan dirinya rasa sungguh berdebar dan berharap perjalanannya serta urusannya dipermudahkan Allah di samping rasa bersyukur diberikan peluang sebegini sebagai permulaan di tahun baru.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini yang baru sahaja tiba dan akan berada di sana selama beberapa hari berharap agar ibadah yang dilakukan mendapat keredaan Allah dimana akan memperoleh ketenangan hati, disayangi orang yang tersayang dan menghargai antara satu sama lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut mendoakan agar semua pihak dilindungi sentiasa dan segala dosa yang kita lakukan secara sengaja atau tidak diampuni oleh yang Maha Esa.

Terdahulu, menerusi postingnya sebelum ini, dia mengharapkan doa daripada orang ramai supaya urusan ibadahnya dan keluarga dipermudahkan selain memohon kemaafan atas di salah dan silapnya serta menghalalkan segalanya.

Saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan umrah esok (semalam), Minta doakan semoga semua dipermudahkan. Disini kami ingn memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*