[VIDEO] Fatin Afeefa Ded4h Aliff Bukanlah Orang Kaya Pertama Yang Cuba Mendekatinya – “Tapi Awak Yang Paling …”

Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan dan rutin harian pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, usahawan Aliff Awang sering meraih perhatian netizen.

Terbaharu, ada yang mend4kwa Fatin Afeefa memilih Aliff sebagai teman hidupnya semata-mata kerana lelaki itu merupakan seorang individu yang berada.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Aliff bertanyakan hal itu sendiri kepada isterinya.

“Jah4nam betul lah, ada seorang mamat ni, dia cakap, Fatin Afeefa ni kahwin dengan saya sebab saya naik kereta mahal. Korang nak sangatkan? Korang cab4r saya kan?

“Jom aku panggil bini aku, kita tanya bini aku aia kahwin dengan aku sebab apa,” katanya.

Sebaik sahaja soalan berkenaan diajukan kepada Fatin Afeefa, pelakon filem Tentang Bulan itu mendedahkan yang Aliff bukanlah individu kaya pertama yang pernah mendekatinya.

“Awak bukanlah orang kaya pertama yang dekati saya. Tapi awak yang paling handsome. Jadi saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel.

“Saya pejam mata pun boleh rasa awak handsome. Kaya tu nombor dua,” katanya ringkas.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)


Aliff kemudian berkata, terpulang pada netizen untuk bersetuju apa tidak dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan jawapan Fatin Afeefa dan mendakwa seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga perlulah sekufu.

Untuk rekod, Fatin Afeefa dikhabarkan mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*